Dua lelaki masing-masing pemandu kereta dan penunggang motosikal maut akibat dihempap pokok tumbang di Jalan Utama, Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang hari ini.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki masing-masing pemandu kereta dan penunggang motosikal maut akibat dihempap pokok tumbang di Jalan Utama, Kampung Lembah Jaya Utara dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 3.51 petang tadi apabila pokok yang tumbang menghempap sebuah kereta dan motosikal.

“Pemandu kereta meninggal di tempat kejadian manakala penunggang msikal meninggal setibanya di Hospital Ampang,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Mohd Azam, bantuan dan kerja membersihkan kawasan sedang giat dijalankan oleh pasukan daripada Jabatan Bomba dan Penyelemat dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebelum mendapati kejadian berkenaan.

Kenderaan yang terlibat adalah sebuah kereta jenis Toyota Avanza dan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC.-MalaysiaGazette