Seorang maut dan kemudian ditanam di belakang rumah ekoran pergaduhan dua beradik di Sungai Choh, Rawang dekat sini malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang maut dan kemudian ditanam di belakang rumah ekoran pergaduhan dua beradik di Sungai Choh, Rawang dekat sini malam tadi.

Menurut laporan Buletin TV3, akibat panik salah ahli keluarga bertindak menghubungi pihak polis.

Sepasukan polis termasuk Unit Anjing Pengesan K9 turut dipanggil untuk mengesan dan mencari bahan bukti di sekitar lokasi kejadian.

Mayat mangsa ditemukan dan dikeluarkan dari laman belakang rumah kira-kira pukul 5 pagi tadi.- MalaysiaGazette