PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dua kanak-kanak perempuan ditemukan lemas lemas dipercayai bermain air banjir di Kampung Petai Dusun, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan, semalam

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supt. Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, MERS 999, daripada orang awam berhubung insiden itu pada jam 6.39 petang.

“Maklumat awal mendapati kedua-dua mangsa telah bermain air banjir dan telah tergelincir sebelum dibawa arus,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Nik Aminuddin, mangsa yang dikenali Siti Aisyah Mazi, 11, telah diselamatkan orang awam dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia di hospital tersebut.

Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa, Nur Damia Mohd Sahre, 11, masih dilakukan pihaknya dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Berikutan itu, Nik Aminuddin menasihatkan orang ramai agar cakna mengenai keselamatan anak-anak di bawah jagaan masing-masing yang bermain air tanpa pengawasan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menguhubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di talian 09-7932222. – MalaysiaGazette