Inisiatif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelbagaikan program bagi mengubah kehidupan golongan asnaf menerusi wang zakat ternyata membuahkan hasil. Salah satu program yang dilaksanakan iaitu Mobileprenur MAIWP melahirkan usahawan asnaf trak makanan di ibu negara yang dulunya berstatus penerima zakat kini menjadi pemberi zakat.