Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Lelaki dan wanita, kedua-duanya warga asing, direman tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes wanita maut ditikam di Taman Ungku Tun Aminah, dekat Skudai, di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Nur Khalida Farhana Abu Bakar mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kedua-duanya akan direman sehingga 31 Dis ini,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Balveer Singh berkata lelaki berusia 24 tahun yang juga adik mangsa dan wanita berusia 41 tahun itu, tinggal serumah dengan mangsa yang berusia 41 tahun.

Dalam kejadian tiga hari lepas, seorang wanita warga asing ditemui maut akibat ditikam di rumahnya selepas pihak polis menerima laporan daripada orang awam berkaitan kejadian itu kira-kira 4.35 pagi.

Tidak sampai 24 jam kemudian, pihak polis menahan seorang perempuan warga asing dan seorang lelaki warga asing serta merampas sebilah pisau. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast