LONDON – Arsenal melepaskan peluang untuk kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris apabila tewas mengejut 0-2 kepada West Ham di laman sendiri, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Mikel Arteta sebelum ini meneraju liga sebelum Krismas untuk dua musim berturut-turut.
Namun mereka kini kembali ke tangga kedua iaitu dua mata di belakang Liverpool menjelang Tahun Baru.
Kekalahan berkenaan meletakkan Arsenal di tangga kedua dengan 40 mata, satu mata di depan Aston Villa dan tiga mengatasi Manchester City yang bermain kurang satu perlawanan.
Pada aksi ke-19 itu, Arsenal yang juga naib juara tahun lalu menguasai permainan namun rangkaian penyerangnya tidak cukup garang untuk menembusi benteng pelawat, yang menjaringkan gol menerusi Tomas Soucek dan Konstantinos Mavropanos.
Malah VAR turut membantu pelawat menerusi Soucek yang membuka jaringan pada minit ke-13 untuk memeriksa semula sama ada bola sudah terkeluar daripada permainan. – Agensi