KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Langkah Dubai yang diuar-uarkan hanyalah fatamorgana.
Ini kerana, menurut Ahli Parlimen Pontian itu, kesemua 30 ahli Parlimen UMNO/Barisan Nasional telah menandatangani perjanjian iaitu mana-mana ahli parlimen yang ingin melompat parti perlu membayar RM100 juta.
“Siapa MP ada wang sebanyak itu?” soal Ahmad Maslan dalam ciapan di laman Twitter hari ini.
Mengulas lanjut, kata Timbalan Menteri Kerja Raya itu, jika 30 ahli keluar pun, kerajaan masih kekal dengan 122 sokongan.
Beliau turut menulis menulis #Rakyat inginkan kestabilan & kekuatan ekonomi.
Awal minggu ini tular dakwaan beberapa ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional terbang ke Dubai bagi menemui Yang di-Pertuan Agong di sana dengan agenda menumbangkan Kerajaan Perpaduan.
Biar pun agenda tersebut dikatakan gagal, namun dikatakan masih ada lagi gerakan sedang berjalan secara senyap untuk merealisasikan impian tersebut. – MalaysiaGazette