Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berazam untuk membantu negara mencapai sifar rasuah dan mengurangkan ketirisan dana.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, itu antara fokus suruhanjaya berkenaan menjelang 2024.

“Saya mendoakan agar tahun ini (2024) tahun yang lebih cemerlang untuk suruhanjaya ini dam kita semua. Bermula 20024, ada beberapa fokus, tekad dan azam saya utamakan ia adalah demi memastikan SPRM terus kekal relevan dan efektif dengan gerak kerja yang mampu membantu negara.

“Bukan sahaja mencapai negara sifar rasuah namun turut mengurangkan ketirisan dana sekaligus meningkatkan ekonomi negara kita,” katanya menerusi perutusan Tahun Baharu 2024 di laman Facebook SPRM.

Beliau turut menyeru seluruh kakitangan di bawahnya supaya meningkatkan intergriti dan pengetahuan masing-masing demi mencapai visi dan misi SPRM sekaligus berani menerokai cara bekerja yang baru.

“Buat warga SPRM ingatlah, saban tahun kita bakal berhadapan dengan cabaran krisis dan tuntutan kerja baharu.

“Semua ini menuntut perubahan dalam cara bekerja, berfikir dan bertindak jadi amat penting untuk kita berubah untuk terokai yang baru, tinggalkan yang lapuk baiki yang silap dan hindari yang salah,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast