KUALA LUMPUR – Pelakon Rita Rudaini memberitahu bapa kandung kepada dua orang anaknya iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak boleh berjumpa Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna di padang Mahsyar.
Ibu tunggal itu menjawab soalan seorang pengikutnya dalam Instagram yang bertanyakan sama bapa anaknya itu datang melawat Airit Rayyan di asrama.
Soalan itu ditanya selepas dia memuat naik hantaran berkongsi rasa sayu sewaktu menghantar anak sulungnya itu pulang ke asrama selepas sesi persekolahan 2024 dibuka baru-baru ini.
“Jenis tengok dekat tingkap ini yang buat mommy (panggilannya) sayu. Dia (anak) pesan, mommy jangan pergi lagi. Tunggu Rayyan naik lambai dekat tingkap.
“Mommy dan adik rindu sangat. Belajar jangan jemu,” luahnya.
Perkongsian Rita itu kemudian menarik perhatian seorang netizen yang bertanyakan perihal tentang bapa kandung anaknya.
“Bapa Ryan tak pernah tengok ke anaknya?” tanya netizen itu.
Namun Rita, 47, tampil membalas memberi jawapan
“Sape? Xpyh …masa kecik2 tgh kena basuh berak, tgh menyusu, xnk plak tgk, dah besar, mommy bela bg pandai, dah senang dah xyah kena basuh berak, xpyh berangan nak dtg! Jumpa di padang mahsyar je nanti,” kata Rita.
Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada September 2013. – MalaysiaGazette
Diharap kedua-duanya dpt selesaikan dgn baik di padang bola sudahlah. Padang Mashyar tu luas sangat dan lambat lagi. Lagipun ramai pula tunggu no giliran