Bangunan Maybank Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Beberapa perkhidmatan perbankan Maybank akan tergendala pada 14 Januari ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem berjadual dilakukan pada hari berkenaan.

Menerusi notis di Maybank2U, Maybank memaklumkan, perkhidmatan seperti laman Maybank2u (web dan aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak boleh diakses buat sementara di antara pukul 3 hingga 6 pagi.

Justeru, pengguna dinasihatkan melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku.

Maybank turut memohon maaf kepada pelanggan di atas kesulitan yang dialami .

Sehubungan itu, pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan dengan menghubungi Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia). – MalaysiaGazette