Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes bercakap pada sidang media sebelum mengumumkan pelantikan kepimpinan utama ketika di AirAsia RedQ, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 JANUARI 2024.

SEPANG – Capital A Berhad kini tidak lagi terikat dengan AirAsia X Berhad selepas pengasingan perniagaannya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia X (AAX) secara rasmi telah menerima surat tawaran tidak terikat dengan Capital A bagi tujuan pengambilalihan perniagaan penerbangannya  AirAsia Berhad dan AirAsia Aviation Group Limited.

Menurutnya, langkah berkenaan menjadikan AAX sebagai pengendali perkhidmatan penerbangan serantau sepenuhnya.

“Keputusan untuk menggabungkan perniagaan penerbangan melalui pengambilalihan ini memperkukuhkan pemulihan AAX berikutan pelepasannya dari status Nota Amalan 17 (PN17) pada bulan November 2023,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes bercakap pada sidang media sebelum mengumumkan pelantikan kepimpinan utama ketika di AirAsia RedQ, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 JANUARI 2024.

Jelas Tony, pengambilalihan oleh AAX dijangka memberi manfaat terhadap pengukuhan kedudukan pasaran selain meningkatkan kecekapan operasi, penjimatan kos serta prestasi kewangan yang lebih baik.

Tambah beliau, keputusan tersebut dibuat susulan semua perniagaan di bawah Capital A dilihat berkembang pesat pada masa kini sekaligus memerlukan tindakan tersebut diambil.

“Saya yakin dengan cara mengasingkan perniagaan penerbangan ini daripada Capital A, ia akan memberi laluan kepada perniagaan bukan penerbangan lain di dalam kumpulan ini di mana ia sekarang dianggap di bawah nilai di dalam pasaran, untuk juga diiktiraf bagi nilai serta potensi intrisiknya,” katanya lagi.

Menurut Tony,  syarikat-syarikat di bawah Capital A terkini selepas pengambilalihan berkenaan adalah Teleport (logistik), Capital A Aviation Services (MRO dan perkhidmatan dalam penerbangan) dan MOVE Digital. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast