Had umur perkahwinan di Johor tidak akan diturunkan sebaliknya akan dikekalkan atau dinaikkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pendidikan negeri Aminolhuda Hassan.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pasangan pengantin di Selangor kini boleh memohon kad perakuan nikah atau menggantikan kad baharu secara digital bermula 2 Januari lalu.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan, permohonan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster atau di pautan https://forms.gle/vm81RHo2ZAfKSJaw9

Permohonan juga boleh dilakukan di kaunter pusat sehenti JAIS, Shah Alam yang mengambil masa 10 hari bekerja untuk diproses sekiranya maklumat lengkap.

Pemohon boleh mengambil kad yang telah siap di pusat sehenti yang sama.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-5514 3468 atau e-mel [email protected]. – MalaysiaGazette