QUITO – Presiden Ecuador telah mengarahkan kumpulan penjenayah tangani habis-habisan selepas keganasan memuncak dengan serangan di sebuah studio televisyen.
Lelaki bersenjata bertopeng memecah masuk di studio saluran TC semasa siaran langsung dan memaksa kakitangan meniarap di atas lantai.
Polis melakukan 13 tangkapan berikutan serangan itu, yang mencederakan dua pekerja.
Sekurang-kurangnya 10 orang telah terbunuh sejak keadaan darurat selama 60 hari bermula di Ecuador pada Isnin lalu.
Darurat diisytiharkan selepas ketua kumpulan gengster hilang dari sel penjaranya.
Setakat ini tidak jelas apa kaitan kejadian di studio televisyen yang terletak di Guayaquil dengan kehilangan Ketua Kumpulan Choneros, Adolfo MacĂas Villamar, atau Fito dari penjara di bandar yang sama.
Pada hari Selasa, Presiden Ecuador mengesahkan “konflik bersenjata dalaman”wujud di negara ini dan menggerakkan angkatan tentera untuk menjalankan “operasi ketenteraan untuk meneutralkan” apa yang dipanggilnya “jenayah terancang transnasional’.
Di negara jiran – Peru mengarahkan pasukan polis ke sempadan untuk mengelakkan sebarang ketidakstabilan merebak ke negara itu. – Agensi