Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel kekal bagi tempoh 11 Januari 2024 hingga 17 Januari 2024.

Sepanjang tempoh itu, harga petrol RON97 adalah RM3.47 seliter; RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

Kementerian Kewangan berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, tambahnya. – MalaysiaGazette