KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang tidak bersetuju terhadap cadangan penutupan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Muadzam Shah, Rompin.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini
”Penutupan pengoperasian Uniten tersebut akan memberi implikasi yang tidak baik kepada rakyat terutama berkaitan kelangsungan pengajian anak-anak muda dan peluang perniagaan serta pembangunan ekonomi penduduk setempat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Berikutan itu, Wan Rosdy berharap cadangan tersebut dikaji semula. – MalaysiaGazette