wan ahmad fayhsal lawatan rasmi
Neow Choo Seong

KUALA LUMPUR – Pemuda MCA menyifatkan DAP sebagai parti yang gemar memainkan sentimen agama dan perkauman semata-mata untuk meraih sokongan.

Ketua Penerangannya, Neow Choo Seong berkata, parti itu seolah-olah tidak menghiraukan kesan tindakan tersebut terhadap masyarakat majmuk di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji agar belajar daripada bekas-bekas pemimpin DAP seperti Almarhum Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Zulkifli Mohd Noor, Mohamad Razali Abdul Rahman dan Amran Ahmad.

“Kesemua mereka sedar bahawa DAP bukanlah parti yang benar-benar memperjuangkan isu rakyat, DAP bukan hero rakyat yang sebenar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan, Tengku Zulpuri meminta MCA agar jangan cuba menjadi hero dengan dengan mencari kesalahan dan melakukan serangan terbuka terhadap Kabinet terutamanya pemimpin-pemimpin DAP.

Pemimpin-pemimpin kedua parti tersebut saling berbalas kenyataan membidas antara satu sama lain ekoran kenyataan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dalam sebuah akhbar Ahad lalu yang mendakwa MCA sebagai ‘agak sesat’ ekoran kritikan pemimpin-pemimpinnya terhadap dasar-dasar Kerajaan Perpaduan.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam kenyataan pada hari yang sama menegaskan, MCA tidak akan menjadi ‘pak turut’ semata-mata dalam isu melibatkan kepentingan rakyat dan terus menegur Kerajaan Perpaduan secara konstruktif.

Choo Seong turut bertanya kepada Tengku Zulpuri sama ada pemimpin-pemimpin DAP kini bersikap besar kepala dan tidak boleh ditegur langsung setelah mereka berkuasa.

“Adakah pemimpin DAP terlalu hebat dan maksum sehingga tak akan melakukan kesilapan?” soalnya.

Beliau mengingatkan bahawa kerajaan telah mengambil langkah pembetulan dan penambahbaikan terhadap isu aplikasi MyJPJ dan tambang penerbangan setelah dibangkitkan oleh Ka Siong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Benarkah Pemuda MCA ini BENAR BENAR menilai fakta DAP yang nyata menyimpang? Kenapa Pemuda UMNO tidak terkeliru dengan DAP?
    Jika pun Pemimpin UMNO tidak berapa cerdik mengesan fenomena ini lebih mengkagumkan kenapa President UMNO yakni ZAHID HAMIDI juga seperti tidak mampu berfikir apa yang dilaporkan oleh MCA?

Comments are closed.