KUALA LUMPUR – Kumpulan AmBank mengumumkan komitmennya untuk memajukan amalan mampan dengan memberikan kemudahan pembiayaan bernilai RM84 juta
kepada Malaysia Steel Works (KL) Berhad (Masteel) untuk memudahkankan transformasi teknologinya sebagai pengeluar keluli pelepasan GHG ultra-rendah yang paling mampan bagi bar keluli dan bilet.
Masteel, sebuah syarikat senaraian awam yang ditubuhkan sejak 1971 merupakan pengeluar keluli pelepasan ultra-rendah pertama di negara yang disenaraikan di Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia dengan penarafan empat daripada empat bintang untuk 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Jamie Ling berkata, pihaknya berbesar hati untuk menyokong Masteel, peneraju dalam pembuatan keluli hijau.
Dalam landskap ekonomi yang berkembang pesat, katanya, kerjasama seperti ini melambangkan komitmen bersama kepada prinsip ESG yang melibatkan pembangunan mampan sambil menekankan kepentingan mengintegrasikan kemampanan ke dalam strategi perniagaan.
Menurutnya, Kumpulan AmBank mengiktiraf pencapaian Masteel dan berbesar hati untuk menyumbang kepada kejayaan berterusan syarikat ini dalam bidang ESG.
Pengarah Urusan, Perbankan Perniagaan, Kumpulan AmBank, Christopher Yap berkata, perbankan Perniagaan AmBank kekal teguh dalam komitmen kami untuk menyokong pelanggan seperti Masteel yang komited kepada agenda ESG mereka.
“Kami percaya bahawa ESG bukan hanya tanggungjawab satu korporasi sahaja, tetapi satu komitmen kolektif untuk kebaikan komuniti global kita.,” katanya dalam satu kenyataan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Steel Works (KL) Berhad (Masteel), Datuk Seri Tai Hean Leng berkata, memang suatu keistimewaan yang besar bagi kami bekerjasama dengan kumpulan perbankan terkemuka Malaysia – Kumpulan AmBank menyediakan fasiliti pembiayaan RM84 juta kepada Masteel untuk menyokong perjalanan sebagai pengeluar keluli hijau tersenarai awam terkemuka di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara.
Sebagai tanda pengiktirafan terhadap komitmen ini terutamanya memandangkan industri keluli merupakan sebahagian daripada sektor sukar dihapuskan – Masteel telah menaikkan status quo
dengan menjadi Pemenang Emas untuk prestasi paling baik selama tiga tahun pada 6 November 2023 di Anugerah ESG Edge Malaysia 2023. – MalaysiaGazette