Armizan Mohd Ali.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertimbangkan permohonan untuk mengisi perjawatan sedia ada dalam kalangan penguatkuasa.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pengisian maksimum terhadap jawatan tersebut penting untuk membantu usaha penguatkuasaan dan pihaknya akan membuat permohonan kepada JPA menerusi pertemuan yang akan dalam masa terdekat.

“Tanggungjawab penguatkuasa cukup besar apatah lagi kita nak menghadapi agenda subsidi bersasar yang memerlukan penguatkuasaan, contohnya menguatkuasa akta melibatkan Akta Anti Pencatutan kerana risiko kartel, risiko pencatutan akan berlaku.

“Jadi kita akan merayu dan mengadakan perjumpaan dengan JPA untuk kebenaran membuat pengisian jawatan sedia ada dalam waran,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Amanah Tahun Baharu KPDN, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 2,200 anggota penguat kuasa KPDN.

Jelas Armizan, pada tahun ini  KPDN akan memperkukuhkan ketangkasan penguatkuasaan selain membantu memacu kemampanam ekonomi domestik.

“Selain itu kita juga fokus untuk membina daya upaya hak dan tanggungjawab kepenggunaan dan merekayasa Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) sebagai pemangkin pendekatan P dalam usaha menangani kos sara hidup,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast