NEW WORK – Israel telah menghadkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke utara Gaza dengan ‘teruk’ sejak awal Januari lalu.
Ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Martin Griffiths berkata, hanya 21 peratus daripada semua bekalan makanan, air dan ubat-ubatan sampai bahagian yang paling teruk di serang Israel.
“Kadar penafian akses untuk misi ke utara Wadi Gaza dilihat pada 12 Januari 2024 menunjukkan kemerosotan yang ketara jika dibandingkan dengan pada Disember 2023, di mana lebih daripada 70 peratus [13 daripada 18] misi PBB yang dirancang ke utara telah diselaraskan dan dilaksanakan,” katanya.
“Setiap hari bantuan terlepas mengakibatkan kehilangan nyawa dan penderitaan bagi ratusan ribu orang yang tinggal di utara Gaza,” tambah beliau.
Menurut Griffiths, memberi bantuan kemanusiaan di seluruh Gaza juga hampir mustahil.
Akses pasukannya ke Khan Younis dan kawasan tengah Gaza sebahagian besarnya tidak ada.
“Di selatan, pengembangan serangan ke Rafah serius akan mencabar operasi kemanusiaan yang sudah melampaui batas yang memerlukan langkah luar biasa hanya untuk menyampaikan bantuan yang paling sedikit.
“Dan walaupun kita telah melihat beberapa peningkatan kecil dalam bilangan trak yang masuk melalui Rafah dan Kerem Shalom, bekalan kemanusiaan sahaja tidak akan dapat menampung lebih daripada 2 juta orang.
“Kita (bantuan kemanusiaan) tidak boleh menggantikan sektor komersial Gaza. Barangan komersil mesti dibenarkan masuk pada skala besar,” tegas beliau.
Musim sejuk yang tiba di Gaza telah memburukkan lagi keadaan dengan tempat perlindungan yang semaki pandat, makanan serta air kehabisan, dengan risiko kebuluran yang semakin meningkat dari hari ke hari.
Agensi PBB di Gaza tidak lagi boleh bertahan dengan 134 kemudahan Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) telah diserang dan 148 kakitangan PBB dan kakitangan NGO telah terbunuh di Gaza.-Agensi