ACP Yahaya Hassan

IPOH – Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian yang sudah membusuk dan berulat ditemui dalam kereta di sebuah premis di Pasir Puteh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu sekitar jam 11.51 pagi.

Menurutnya, hasil siasatan awal di lokasi mendapati mayat lelaki yang masih belum dikenal pasti identiti itu dijumpai dalam kereta jenis Proton Saga berwarna hitam.

“Mayat mangsa ditemui terbaring di tempat duduk belakang dalam keadaan pintu berkunci dari dalam.

“Pemeriksaan lanjut yang dijalankan selepas pintu kereta dibuka mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemukan pada mangsa.

“Selain itu, pemeriksaan yang dijalankan ke atas mangsa tidak dapat dilakukan kerana mayatnya telah hitam dan berulat,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bagi mendapatkan cap jari dan mangsa akan dibedah siasat pada Isnin ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast