London Stock Exchange.

LONDON – Enam orang telah ditangkap kerana disyaki merancang untuk ‘mengganggu’ Bursa Saham London.

The Met Police berkata, pihaknya mendapat maklumat kononnya penyokong solidariti Palestin ini berhasrat untuk menyasarkan bursa tersebut pada hari Isnin,

Kumpulan itu dikatakan terlibat merancang untuk menyebabkan kerosakan dan menganggu pembukaan bangunan berkenaan bagi menjejaskan pembukaan dagangan.

Tangkapan telah dibuat di London, Liverpool dan Brighton pada hari Ahad.

The Met berkata, pihaknya sedang berhubung dengan pasukan lain, termasuk Polis London, untuk memastikan sebarang gangguan selanjutnya dapat ditangani.

Menurutnya, penahanan itu didorong oleh maklumat yang dikongsi oleh Daily Express.

Seorang lelaki berusia 31 tahun dari Liverpool telah ditangkap kerana disyaki bersubahat untuk menyebabkan kerosakan jenayah, kata polis.

Lima lagi ditahan atas kesalahan yang sama pada hari itu, termasuk wanita berusia 29 dari Brent dan seorang lelaki, 23, dari Tower Hamlets, London.

Dua lagi wanita, berusia 28 dan 26, dari Liverpool dan seorang lelaki, 27 turut ditangkap Brighton. – Agensi