Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan pendirian kerajaan negeri tidak bersetuju UNITEN kampus KSHAS di Muadzam Shah ditutup

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang bersama Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersetuju agar Kampus USultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin terus dikekalkan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama ketiga-tiga pihak termasuk kerajaan negeri di Wisma Sri Pahang, Kuantan hari ini.

Dalam perbincangan tersebut, Uniten bersetuju untuk mengekalkan 13 kursus di kampus berkenaan serta tidak menawarkan kursus yang sama di kampus Bangi.

“Pihak pengurusan universiti itu juga akan berusaha untuk menambah bilangan pelajar terutamanya pada sesi pendaftaran pelajar pada bulan Februari tahun ini.

“Kerajaan Negeri Pahang bersyukur kerana isu ini telah mencapai kata sepakat dan dimuktamadkan secara bersama.

Malah katanya. kerajaan negeri juga bersedia untuk membantu Uniten memastikan kampus berkenaan terus kekal di Muadzam Shah yang menjadi pemangkin kepada pembangunan pesat di kawasan berkenaan.

Wan Rosdy berharap selepas ini tidak timbul lagi isu penutupan operasi universiti berkenaan.

“Semoga semua pihak diharapkan berganding bahu bagi memastikan kampus itu terus maju dan berkembang serta menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast