KUALA LUMPUR – Hujan berterusan dengan amaran waspada dijangka berlaku di negeri Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin); Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) pada Khamis, 18 Januari 2024 sehingga Sabtu, 20 Januari 2024.

Jabatan Meteorologi Malaysia juga memberi amaran hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Sabah di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Rabu, 17 Januari 2024.

Amaran hujan berterusan (bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

Manakala amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – MalaysiaGazette