Gambar hiasan.

MANJUNG – Reman ke atas lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, disambung sehari lagi.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Izalina Rajaai di Mahkamah Majistret Ipoh sehingga esok bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, suspek terbabit ditahan reman selama lima hari sejak 12 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Pada 10 Januari lalu, kediaman Penasihat DAP Perak yang terletak di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar terbakar menyebabkan kereta Mercedes Benz E300, Honda CRV dan Toyota Hilux rosak.

Dalam kejadian sekitar jam 2.55 pagi itu, siling dan bumbung garaj kediaman itu turut terbakar.

Siasatan polis kemudian menemui molotov cocktail di lokasi kejadian dan mengesahkan terdapat perbuatan khianat. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast