KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli membaca berita dan ia akan ditayangkan dalam Buletin Utama pukul 8 malam ini.
Ia menerusi slot khas Buletin Diraja, kata laporan BH Online.
Dalam pada itu, perkara yang sama juga diuar-uarkan menerusi Facebook Istana Negara hari ini.
Sebelum itu Seri Paduka Baginda berkenan melawat Sri Pentas hari ini.
Dalam lawatan berkenaan baginda berdua turut diberikan taklimat berkaitan operasi MPB dan dibawa ke lawatan eksklusif melihat studio radio dan berita. – MalaysiaGazette