PUTRAJAYA – Selepas membuat kenyataan bahawa masyarakat India di negara ini masih tidak setia sepenuhnya kepada negara, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat dakwaan baharu bahawa kaum Melayu di negara ini akan hilang dalam masa 10 tahun akan datang.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, dakwaan sedemikan dibuat kerana kaum Melayu akan ditawan oleh bangsa lain tanpa melibatkan peperangan ekoran tiada pihak yang mengambil berat kepada nasib kaum Melayu ketika ini.
“Kita tahu negara dah hilang banyak, nak kata tak tahu tak boleh.
“Kita hilang empat negeri di utara, Pulau Riau, Singapura, Pulau Pinang dan dalam 10 tahun lagi (bangsa Melayu) akan hilang.
“Kita (bangsa Melayu) akan hilang negara kita seolah-olah kita ditawan oleh bangsa lain tanpa perang,” katanya dalam program Minda Negarawan ‘Iktibar 150 tahun Perjanjian Pangkor’ di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), hari ini.
Justeru itu, Mahathir menggesa agar semua pihak sedar akan dakwaan itu dan segera mengambil tindakan sewajarnya.
“Kalau mereka sedar, ambillah tindakan sewajarnya.
“Kita tahu apa yang kita boleh lakukan umpamanya kalau ada wakil rakyat yang tidak bercakap, nak mereka bercakap,” katanya.
Julai tahun lalu, Mahathir berkata, identiti kaum Melayu tidak mampu kekal sebagai sebuah bangsa dan bakal kehilangan negara.
Beliau berkata, ia berikutan pendatang asing menuntut Malaysia yang memberi kerakyatan kepada mereka ditukar supaya dijadikan negara berbilang bangsa.
Katanya, percubaan tersebut diperkenal kali pertama oleh Malayan Union British dan parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew, namun telah ditolak. – MalaysiaGazette
Ni berita sampah dari kaki pembohong, kaki sakau duit rakyat, kaki fitnah, rasis, kaki belit ni pun wartwan MG nak siarkan…hadoiii
Orang yg kena kencing saja yg sokong Papanon
#pmxkoyak
#kerajaangagal