Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menepis kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tidak mudah untuk kerajaan menjalankan siasatan terhadap orang besar yang bertindak mencuri duit termasuk ‘Tun’.

Bekas perdana menteri itu berkata, ini kerana sebagai pemimpin utama negara, Anwar mempunyai kuasa untuk menyiasat sebarang kes.

“Saya nak kata saya tak setuju (kenyataan Anwar) bahawa tidak mudah untuk siasat kerana saya mudah disiasat, kerajaan mempunyai kuasa, saya tiada kuasa.

“Yang susah nak siasat ialah perdana menteri, ‘kepala’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susah nak siasat, pegawai tertinggi kerajaan seperti timbalan perdana menteri.

Itu susah, you can’t investigate them (tidak mudah untuk siasat mereka)” katanya pada sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), petang tadi.

Sambil itu beliau merujuk kes melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Baru-baru ini, Anwar berkata,  tidak mudah untuk siasat orang besar yang bertindak mencuri duit termasuk ‘Tun’.

Oleh itu, perdana menteri berkata, usaha menyiasat individu ternama sepatutnya disokong oleh semua pihak kerana ia merupakan langkah untuk menjaga negara dan rakyat.

Mahathir menambah, siasatan kes begini tidak pernah dibuat terhadap nama-nama besar sebelum ini, membuatkan golongan tersebut terlepas dari dakwaan.

“Kenapa saya kata begitu? Sebab sebelum ini, tidak ada siasatan terhadap nama-nama besar, tiada ‘Tun’ tapi orang-orang besar,” katanya lagi.

Dalam sidang media itu, Dr Mahathir mencabar Anwar untuk membubarkan Parlimen dan mempercepatkan Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU16).

Cabaran itu kata beliau bagi mengetahui sama ada rakyat masih menyokong beliau sebagai perdana menteri atau sebaliknya.

“Saya cabar Anwar adakan PRU16 untuk lihat apa rakyat akan kata.

“Dia telah mengatakan semua ini setelah dipecat daripada UMNO. Seperti yang anda tahu, dia dipecat kerana tingkah laku tidak bermoral dan sejak itu, dia telah menuduh saya.

“Tetapi ketika dia berada di kerajaan, dia membela anak lelaki saya di Parlimen,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Alaaa tak payah nak sembang kari laa..kali ni ko tak terlepas musibat…keluarga kaki sakau ni..masa ko jd PM mmg susah nak siasat sebab kroni2 ko dilantik ikut telunjuk ko..Tipah Koya ko lantik jd Ketua SPRM, Tommy Thomas bodoh yg minta maaf kpd penyamun Sulu ko lantik Peguam Negara, Hamid Bador merepek tu ko lantik jd KPM, malah Meimon ko pilih tanpa melalui procedure lantikan Hakim..skrg ko nak play victim plak yer? Skrg dah takut kaaa anak2 ko kaki sakau nak kena sumbat kat Sg Buluh tu…

Comments are closed.