Penemuan rangka tidak sempurna yang dikatakan milik Bella dijumpai dekat rumah kosong kawasan semak,Tongkang Pechah,Batu Pahat.

JOHOR BAHRU – Polis Johor petang ini mengesahkan penemuan rangka jenazah tidak sempurna di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat  adalah milik Bella atau Mila Sharmilah Samsusah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, melalui laporan didapati hasil analisis ia secara biologi sepadan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak Bella yang beruysia 32 tahun itu.

“Polis telah menghubungi keluarga Bella untuk menuntut mayat di Johor Bahru.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri dan telah mendapat arahan tuduh salah seorang tangkapan dalam tahanan reman mengikut Seksyen 302  Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Batu Pahat esok pagi (Rabu),” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Pada Jumaat lalu, penemuan rangka ibu tunggal itu ditemui di kawasan hutan berhampiran rumah terbiar dekat Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Polis ketika itu tidak boleh mengesahkan penemuan itu sama ada ia adalah Bella atau sebaliknya memandangkan rangka yang ditemui tidak sempurna.

Pada 14 Disember 2023,  Mila Shamila Samsusah atau Bella memberitahu mahu ke dobi di Simpang Rantai, Batu Pahat dan rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Bela keluar ke dobi bersama seorang teman lelaki.

Manakala pada 15 Disember 2023  dikatakan kakak Bella membuat panggilan melalui WhatsApp tetapi gagal sebelum membuat laporan polis mengenai kehilangan adiknya.  -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Suspek utama kes Bella didakwa ke mahkamah esok

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast