Datuk Kamarul Zaman Mamat

BATU PAHAT – Salah seorang suspek utama yang disyaki terlibat dalam kes kematian Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmilah Samsusah akan dituduh di Mahkamah Majistret Batu Pahat dekat sini esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Sebelum ini, beliau telah mengesahkan tiga individu berusia 24 hingga 39 tahun bersabit kejadian itu telah ditahan polis baru-baru ini, manakala lapan lagi telah dipanggil untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan kes melibatkan ibu tunggal berusia 32 tahun berkenaan.

Jumaat lalu penemuan rangka mayat yang belum dipastikan milik Bella ditemui di kawasan hutan berhampiran rumah terbiar dekat Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Kamarul Zaman berkata, pihak polis masih tidak boleh mengesahkan penemuan itu sama ada mayat Bella atau sebaliknya memandangkan rangka tersebut tidak sempurna.

“Polis juga ada menemui pakaian di samping rangka tersebut.

“Tetapi, saya tidak boleh menyatakan itu adalah Bella kerana masih menunggu laporan pergigian bagi memastikan rangka yang dijumpai ini adalah mangsa,” katanya.

Pada 14 Disember 2023, Bella didapati tidak pulang selepas keluar ke dobi di Simpang Rantai, Batu Pahat.

Sebuah rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Bella ke dobi bersama seorang lelaki.

Pada 15 Disember 2023, kakak Bella membuat panggilan melalui WhatsApp tetapi gagal sebelum membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Rangka wanita ditemui belum disahkan sebagai Bella – Polis

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast