Sivanesan Achalingam

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan mengikut jejak langkah kerajaan Persekutuan berhubung perjawatan bagi penjawat awam baru berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A Sivanesan berkata, perkara itu akan diikuti Perak kerana ia menggunakan perintah am yang sama.

Menurutnya, menerusi penyusunan semula skim perkhidmatan awam dijangka kerajaan Pusat turut memasukkan terma-terma baharu.

“Apa yang dikatakan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) adalah kita tidak akan ambil perjawatan tetap mulai 1 Februari ini.

“Jadi kalau kita tawarkan jawatan dengan terma-terma lama untuk jawatan tetap, itu akan menimbulkan kekeliruan di masa depan.

“Maka, kerajaan akan memberhentikan pengambilan kakitangan secara tetap buat sementara waktu yang mana ini adalah di bawah undang-undang serta adalah sesuatu yang harus diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh sempena sambutan Thaipusam, di sini pada Khamis.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Beliau berkata, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Makin ke depan makin karut marut kerajaan ini. Biar siapa pon yg berkuasa dan memerintah jika slogan dan kempen sahaja yang ingin kebajikan dan membela rakyat tetapi hakikatnya apabila diberi kuasa maka lupa semua janji2nya. Ingatlah pemegang kuasa. Negara Israil pon dimusuhi rakyatnya dan hampir tumbang sekarang.

Comments are closed.