KUALA LUMPUR – Pemandu kenderaan yang menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sehingga tular di media sosial dia dapati mempunyai masalah psikiatri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pemandu terbabit merupakan wanita berusia 41 tahun telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi rujukan dan serta mendapatkan laporan perubatan.

Menurut beliau, pihaknya mengesan video berdurasi satu minit di aplikasi Tik Tok pada jam 935 pagi tadi.

Video itu memaparkan laluan sebuah ambulans dihalang kereta jenis Toyota Camry di MRR2 dari arah Lotus’s Ampang menghala ke Hotel Flamingo.

“Kejadian berlaku pada 25 Januari lalu, sekitar jam 5.35 petang, di mana ambulans terbabit sedang dalam perjalanan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menghala ke Ulu Kelang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, Toyota Camry yang berada di hadapan kenderaan itu tidak memberi laluan kepada ambulans yang memasang siren,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sarifudin berkata, pemandu ambulans telah tampil membuat laporan dan suspek juga telah hadir ke balai polis untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast