Anggota bomba memedamkan kebakaran melibatkan rumah kongsi jenis sementara di Cameron Highlands hari ini

KUANTAN – Sebuah rumah kongsi sementara yang terletak di Kampung Raja Jalan Gua Musang dekat Cameron Highlands terbakar pagi tadi.

Menerusi kenyataan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Pahang, kebakaran itu  berlaku pada 9.19 pagi tadi tanpa kehilangan nyawa.

”Kebakaran melibatkan rumah kongsi jenis sementara berukuran 40 kaki x 60 kaki persegi dan kebakaran 100 peratus,” katanya.

Operasi pemadaman tersebut membabitkan sembilan petugas Balai Bomba Cameron Highlands. – MalaysiaGazette