Kebakaran yang melanda hutan di Chile.Foto Haiku News

BOGOTA – Kira-kira 10 orang maut dalam kebakaran hutan di tengah dan selatan Chile, menurut pihak berkuasa tempatan.

Banyak kebakaran berlaku di bandar pantai Valparaiso dan Vina del Mar di negara Amerika Selatan itu.

Setakat ini kebakaran tersebut sudah merebak ke kawasan perumahan.

Keadaan darurat telah diisytiharkan oleh Presiden Chile Gabriel Boric, yang mengumumkannya di X.

“Kami telah mengarahkan semua kru kami ke wilayah tengah dan selatan negara untuk menangani kebakaran itu.

Api telah merebak dengan pantas ke arah bandar Concon, Quintero, dan Maitencillo.

Kira-kira 13 orang telah maut dalam kebakaran hutan yang berlaku di Chile pada Februari tahun lalu. – Agensi