Dua pemandu lori maut manakala seorang cedera dalam kemalangan melibatkan tiga lori dan empat kenderaan lain di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan,  arah utara dekat Kampung Tersusun Tekah, di sini pada Sabtu. Foto ihsan JBPM Perak

SIMPANG PULAI – Dua pemandu lori maut manakala seorang cedera dalam kemalangan melibatkan tiga lori dan empat kenderaan lain di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat Kampung Tersusun Tekah, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pemandu lori yang meninggal dunia masing-masing membawa muatan gula dan barangan logam.

Menurutnya, empat kenderaan lain yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan dua kereta sedan.

“Kita menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.46 pagi, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dengan dibantu BBP Gopeng ke lokasi.

Dua pemandu lori maut manakala seorang cedera dalam kemalangan melibatkan tiga lori dan empat kenderaan lain di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat Kampung Tersusun Tekah, di sini pada Sabtu.

“Setibanya jentera di lokasi mendapati dua pemandu lori meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa dari lori kontena selamat. Selain itu, muatan gula turut kelihatan tumpah di atas jalan.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit dan dipercayai meninggal dunia dilakukan pihak bomba dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Beliau berkata, terdapat seorang mangsa dari kereta mengalami kecederaan patah tangan dan dibawa ke hospital dengan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast