Pemilik 99 Residence teruja selepas mendapat kunci baru-baru ini, turut bergambar pemilik JL99 Group, Datuk Seri Jeff Lee.

KUALA LUMPUR – “Rasa teruja sangat dapat kunci rumah pertama kami, bukan sahaja sempurna tanpa sebarang ‘defects’ malah sebaik sajakami jejak kami masuk ke 99 Residence, kemudahan sedia menanti kami seperti duduk hotel lima bintang.”

Itu antara luahan kegembiraan pasangan suami isteri, Mohd Zakeri dan Nur Afiqah Mohd Fais selepas menerima kunci rumah projek 99 Residence yang telah di beli sekitar tahun 2019.

Kata Nur Afiqah, dirinya memilih projek JL99 kerana ianya berdekatan dengan keluarganya di sekitar Selayang namun tidak menyangka apabila rumahnya siap, ianya kelihatan begitu mempersonakan.

Pasangan Nur Afiqah dan Mohd Zakeri

“Memang gembira sangat lagi-lagi ini rumah pertama, harganya juga murah ketika kami beli kini nilainya sudah naik, memang sudah tidak ada perkataan untuk gambarkan perasaan kami sekeluarga.

“Ada banyak juga hadiah diberikan, teruja tengok kolam renang begitu besar dan indah di tengah kota seperti ini,”katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui semalam.

Pasangan Shameer Pitpit berasal dari India dan kini sudah menetap di Malaysia sejak 25 tahun bersama isteri, Hamidah Rajali juga sangat berpuas hati dengan 99 Residence.

“Suami saya seorang jurutera, saya dulu arkitek kini sudah bergelar suri rumah juga sedia maklum dengan projek hartanah seperti ini. Memang hasil kerja JL99 ini sangat menakjubkan.

“Kemudahan yang disediakan untuk semua golongan dari kanak-kanak sehinggalah warga emas. Tidak perlu keluar rumah lagi untuk bercuti. Semuanya lengkap dalam ini, taman permainan, gim dengan fasiliti lengkap, banyak aktiviti luar boleh dilakukan dalam ini,” ujar Hamidah.

 

Seorang lagi pemilik, Cynthia Choong melahirkan rasa terkejut kerana beliau tidak menyangka adanya kondominium yang dibina dengan begitu mewah seperti 99 Residence dengan harga mampu milik.

“Kemudahan seperti ini hanya pernah saya lihat di Singapura. Keluarga saya ramai memilih kondominium kerana kemudahan. Kini saya boleh mengajak keluarga saya datang ke sini. Lebih baik lagi, ini bukan rumah sewa tetapi rumah saya sendiri.

“Harga di tengah ibu kota lagi-lagi selepas pandemik Covid-19 pastinya mahal tapi saya terkejut kerana harganya memang mampu milik,” ujarnya.

Bagi keluarga Andy Nadeson, anak perumpuannya yang baru berusia 24 tahun, Sharmila telah berjaya membeli rumah 99 Residence dua tahun lepas.

“Memang kami sekeluarga bangga, hari ini kami datang ramai-ramai 19 orang hanya untuk memberi semangat dan amat bangga dengan rumah di beli oleh anak kami. Tengoklah betapa hebatnya permandangan dari sini. Satu KL anda boleh tengok.

“Syarikat pemaju minta kami masuk dan tengok jika ada apa-apa kekurangan atau masalah berkaitan unit kami, sudah lebih dua jam kami di sini, langsung tidak ada apa-apa. Kami sudah tidak sabar untuk ubahsuai dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, ketika bercakap dengan pelopor 99 Residence yang juga pemilik JL99 Group, Datuk Seri Jeff Lee, beliau sangat tersentuh melihat rata-rata pemilik mengucapkan terima kasih dan menghargai setiap kerja dilakukan oleh dalam membangunkan projek berkenaan.

“Saya rasa sangat beremosi dan gembira apabila melihat pemilik-pemilik ini terima kunci dan menjejakan kaki ke unit masing-masing buat kali pertama selepas semuanya siap sempurna. Saya sendiri hadir dan serah kunci, memang tidak menang tangan. Hari-hari saya datang dari pagi hingga petang.

“Saya lihat sendiri jika ada apa-apa kekurangan yang perlu diperbaiki, saya berbual dengan mereka dan dengar sendiri komen mereka. Saya bangga sangat dengan projek 99 Residence yang ada 48 kemudahan. Tunggu satu lagi projek, Legend 99 itu lagi ‘hebat’,” katanya tersenyum.

99 Residence ini sebahagian daripada keseluruhan pembangunan JL Legacity yang terletak di Jalan Kuching bersebelahan bulatan Batu Caves atau lebih dikenali sebagai KL North. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast