Seorang bayi yang maut akibat serangan Israel

GAZA CITY – Rafah yang kononnya menjadi tempat selamat untuk pelarian Palestin yang melarikan diri daripada utara, tengah dan selatan Gaza kini menjadi sasaran pengeboman Israel.

Agensi berita Wafa melaporkan, pesawat pejuang Israel mengebom sebuah tadika yang menjadi tempat tinggal pelarian yang kehilangan tempat tinggal berlindung di timur Rafah pada waktu subuh.

Beberapa orang, termasuk dua kanak-kanak perempuan, terbunuh dalam serangan itu, dan berpuluh-puluh yang lain cedera,

Al-Jazeera melaporkan, serangan Israel ke atas kejiranan Al-Salam, timur Rafah yang menjadi tumpuan lebih 1 juta pelarian sejak 7 Oktober lalu semakin memuncak.

Sebelum ini tentera Israel telah mengarahkan penduduk Palestin di utara, tengah dan selatan Gaza untuk melarikan di ke Rafah yang bersempadan dengan Mesir.

Sementara itu agensi Anadolu melaporkan, sekurang-kurangnya 107 rakyat Palestin terbunuh dan 165 lagi cedera dalam tempoh 24 jam terakhir.

“Pendudukan Israel melakukan 12 pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza, menyebabkan 107 mati syahid dan 165 cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu,” kata Kementerian Kesihatan di Gaza.

“Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” kata kenyataan itu.

Walaupun Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bulan lalu menggesa Israel untuk tidak melakukan pembunuhan beramai-ramai namun regim zionis tidak mengendahkannya.

Sekurang-kurangnya 27,238 rakyat Palestin telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan 66,452 cedera sejak 7 Oktober, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin. -Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast