Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersifat terbuka dalam menerima teguran daripada mana-mana ahli, namun ahli berkenaan juga harus bersedia ditegur oleh parti, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.

Mengambil contoh teguran PKR terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang dilihat sebagai mencampuri urusan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan baru-baru ini, Fahmi menegaskan tegur-menegur ialah perkara biasa dan merupakan satu amalan dalam parti tersebut.

“…cuma ada beberapa perkara yang menjadi disiplin kepada parti dan kalau Pak Hassan (Hassan Karim) boleh menegur (parti) maka dia juga boleh ditegur (oleh parti),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Youth Empowerment Fair 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya sama ada Hassan akan dikenakan tindakan disiplin, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata buat masa ini parti belum membuat sebarang keputusan.

“Kita tunggulah tapi waktu ini, kita belum mengadakan mesyuarat jadi perkara itu (mengenakan tindakan disiplin) tidak timbul,” katanya.

BACA:Hassan sedia dipecat PKR jika kelantangannya satu kesalahan

Rabu lepas, dilaporkan Hassan menyatakan UMNO perlu diterajui muka baharu dan tidak hanya ‘menumpang dahan’ Pakatan Harapan (PH) untuk meraih semula undi golongan Melayu.

Kenyataan beliau itu mengundang pelbagai reaksi termasuk Fahmi sendiri yang meminta Hassan berhenti campur tangan dalam ehwal dalaman parti sekutu PH.

Berikutan itu, Hassan menerusi kenyataan di Facebook semalam berkata PKR boleh memecatnya jika menganggap tindakannya bersuara sebagai satu kesalahan.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Fahmi Fadhil ni banyak borak… Pemimpin intellectual perlu nyatakan itu bukan pandangan parti dan itu pendapat peribadi. Belajarlah dari DAP yang berulangkali telah berlaku tapi cepat settle kerana kalimah itu.

Comments are closed.