KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengimarahkan Subuh Warrior di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 hari ini.
Imam Besar, masjid tersebut Mohd Rizzal Mohd Ali Nafiah berkata, kehadiran Tengku Mahkota itu bersama lebih 1,000 jemaah memenuhi ruang saf utama di masjid bersama pelbagai lapisan umur umat Islam negeri ini
“Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepeada semua jemaah yang hadir, meriah masjid.
“Sambutan yang diberikan oleh jemaah terutama anak-anak muda daripada seluruh kelab-kelab permotoran, wanita dan kanak-kanak yang turut bersama dalam mengimarahkan Masjid Negeri pada pagi tadi.
“Syabas juga diucapkan kepada penyumbang dan penginfaq juadah makanan bagi santunan subu ini, Semoaga Allah s.w.t. membalas ia dengan sebesar-besar ganjaran,” katanya, hari ini.
Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman, Mufti Negeri Pahang.
Sebelum itu katanya, ibadah Qiamullail bermula 4.30 pagi dilaksanakan manakala Solat Subuh berjemaah dipimpin oleh Imam 1 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Muhammad ‘Izzan Idris al-hafiz.
Sejurus selepas itu kuliah Subuh disampaikan oleh Salim Ibrahim atau dikenali dengan Dr. Sam. – MalaysiaGazette