LONDON – Istana Buckingham mengesahkan Raja Charles III menghidap kanser dan akan menangguhkan tugas rasmi baginda untuk menjalani rawatan.
Istana dalam satu kenyataan semalam berkata, semasa prosedur prostat benign dijalankan terhadap baginda di hospital baru-baru ini telah mengesan kewujudan tisu kanser.
“Ujian diagnostik seterusnya telah mengenal pasti ia adalah kanser dan Raja Charles telah memulakan rawatan hari ini.
“Sepanjang tempoh rawatan, baginda akan terus melaksanakan urusan rasmi seperti biasa, walaupun dinasihatkan doktor supaya menangguhkan semua tanggungjawab awam baginda.
“Baginda kekal positif mengenai rawatan beliau dan berharap untuk kembali menjalankan tanggungjawabnya secepat mungkin,” katanya.
Bagaimanapun kenyataan tersebut tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapi raja berusia 75 tahun itu.
Menurutnya, baginda memilih untuk berkongsi diagnosis kansernya bagi mengelak spekulasi, serta berharap ia dapat membantu pemahaman umum dan bagi semua yang pesakit yang menghidap kanser di seluruh dunia. – Agensi