Anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Pahang berjaya membawa mayat pendaki wanita yang dilaporakn meninggal dunia pada 6 Februari lalu pada jam 8.30 pagi tadi

JERANTUT – Jenazah pendaki wanita yang meninggal dunia pada Selasa, Zahalitha Othman,52,  berjaya dibawa keluar menggunakan helikopter dalam operasi menyelamat hari ketiga.

Menerusi kenyataan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mayat mangsa berjaya dibawa keluar jam 8.30 pagi tadi.

”Jenazah mangsa berjaya dinaikkan menggunakan helikopter dan diterbangkan ke Sekokah Kebangsaan Clifford.

”Ketua Zon bersama bersama tiga anggota mosar menaiki helikopter bersama sembilan crew keluar ke Gunung Tahan untuk misi menyelamat dan menghantar makanan.

”Dan bekalan makanan telah diturunkan kepada baki pendaki yang lain,” katanya.

Operasi membawa keluar terpaksa ditangguhkan susulan keadaan berawan dan berkabus tebal di sekitar Gunung Reskit, Kuala Tahan sejak kelmarin.

Operasi menggunakan helikopter JBPM dijalankan dua kali iatu pada jam 8.30 pagi dan 3.30 petang semalam, namun gagal mencari lokasi yang tepat.

Penerbangan kedua dijalankan namun masih gagal dan berpatah semula ke Kuala Lipis, setelah operasi ditangguhkan pada jam 5.15 petang serta di sambung pagi ini.

Terdahulu, Allahyarham mengikuti program pendakian sejak 1 Februari lalu dan meninggal dunia di Gunung Reskit, Kuala Tahan.

Mangsa kemudiannya mengalami sesak nafas dan meninggal dunia pada sambutan hari lahirnya yang ke-52 iaitu pada 6 Februari lalu.- MalaysiaGazatte

Operasi bawa turun jenazah Zahalitha dari Gunung Reskit bersambung esok