Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia kini mahu harga barangan, kereta dan tol turun, selain penyelesaian terhadap penurunan ringgit.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, rakyat tidak mahu mendengar lagi formal dari Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi.

Menurutnya, rakyat sudah jemu dengar formula dan alasan dari Rafizi.

“Rafizi tanya, “Ada soalan nak bakar Menteri”? Tidak ada YB. Rakyat mahu solution. Rakyat tidak mahu dengar formula,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit menyifatkan Podcast “Yang Bakar Menteri” oleh Rafizi hanya gimik mempopularkan diri.

Puad berkata, cuba Rafizi turunkan salah satu daripada isu yang membelenggu rakyat pada hari ini.

“Jangan buang masa rakyat untuk dengar temberang. Tukar nama “FB Live” itu kepada nama baru “Ini kejayaan formula saya”,” ujarnya. – MalaysiaaGazette

 

1 Komen

  1. Puad Zakarshi UMNO ni perlu berehat dan dapatkan rawatan kesihatan. Rafizi adalah kumpulan membuat dasar so formula dia perlu kumpulan perlaksanaan. Gagal di mata rakyat adalah kerana adanya makhluk seperti Puad Zakarshi. Zahid perlu mewartakan idea Puad semuanya bukan pandangan UMNO dan itu adalah nilaian peribadi orang yang tertekan oleh masa

Comments are closed.