Pulau Batu Puteh.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan berkuat kuasa serta-merta.

Kerajaan mendapat perkenan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menghadap dan menyembah maklum cadangan tersebut kepada Sultan Ibrahim.

Baginda turut berkenan untuk melantikan tujuh Pesuruhjaya RCI yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan timbalan pengerusi bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Datuk Zainun Ali.

Ahli lain termasuk Pengamal Undang-Undang Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu; bekas Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Prof. Dr. Johan Shamsuddin Sabaruddin dan Pakar Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran Prof. Datin Dr. Faridah Jalil.

Turut dilantik Pegawai Kewangan Negeri Johor Datuk Mohammed Ridha Abd. Kadir dan Pengarah Laut Wilayah Selatan, Jabatan Laut Malaysia, Dickson Dollah.

Manakala Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Zamri Misman sebagai Setiausaha RCI.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri pula akan bertindak sebagai urus setia.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast