Jeff Bezos

LONDON – Jutawan Jeff Bezos melupuskan lebih banyak kepentingannya dalam Amazon, menjadikan nilai jualan dalam beberapa hari kebelakangan ini lebih daripada AS$4 bilion (£3.2 bilion).

Gergasi teknologi yang diasaskan oleh Bezos pada 1994.

Bulan ini sahaja Bezos telah menjual 24 juta saham Amazon.

Kali terakhir Bezos yang merupakan pengerusi eksekutif firma menjual saham Amazon pada 2021.

Awal bulan ini, syarikat itu berkata, Bezos merancang untuk menjual 50 juta saham sepanjang tahun depan, yang bernilai sekitar AS$8.4 bilion pada harga semasa.

Penjualan pertama 12 juta saham diumumkan dalam notis pengawas selia pada hari Jumaat, diikuti dengan pengumuman pada hari Selasa mengenai penjualan 12 juta saham lagi.

Bezos juga telah memberikan saham di Amazon sebagai sebahagian daripada dermanya, yang terbaru pada 2022.

Semasa Bezos berpindah ke Miami di Florida dari Seattle di Washington tahun lepas, beliau dapat menjimatkan kira-kira AS$280 juta cukai ke atas saham bernilai AS$4 bilion yang telah dijualnya.

Jualan saham Amazon dilakukan selepas ia meningkat hampir 70% pada tahun lalu.

Bezos kekal sebagai pemegang saham terbesar Amazon dan merupakan antara orang terkaya di dunia, dengan anggaran kekayaan lebih daripada AS$190 bilion. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast