SEBERANG JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Tertutup bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di Hotel The Light, di sini, malam tadi.
Tiada perincian mengenai mesyuarat tersebut susulan ia merupakan sesi tertutup.
Terdahulu, beliau tiba pada jam 9.10 malam sebelum meneruskan mesyuarat tertutup tersebut secara berasingan mengikut negeri.
Hadir sama, Ketua Penerangan PKR Fahmi, Fadzil dan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.
Bagaimanapun, tiada kelibat Pengerusi MPN bagi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, Nurul Izzah Anwar tidak kelihatan di hotel berkenaan.
Anwar tiba di Pulau Pinang bagi mengadakan lawatan sehari yang bermula dengan lawatan ke Jualan Termurah Madani di Bandar Perda pada 8.15 pagi, seterusnya ke Persidangan Antarabangsa Zakat Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM).
Perdana Menteri kemudian dijadualkan menunaikan solat Jumaat serta menghadiri kenduri rakyat di Masjid Tengah Berapit, Permatang Pauh.
Sejurus selepas itu, beliau akan merasmikan Karnival Pemerkasaan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai, sebelum mengakhiri lawatannya ke Majlis Pecah Tanah di Taman Perindustrian Batu Kawan. – MalaysiaGazette