Masyarakat Orang Asli dari Suku Mah Meri menari di tengah laut sebagai tanda penghormatan terhadap roh nenek moyang semasa upacara perayaan Hari Memperingati Moyang Laut ketika di Pulau Carey, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2024.

Masyarakat orang asli dari suku kaum Mah Meri akan mengambil satu hari dalam setahun untuk mengadakan hari pemujaan khas untuk “moyang laut” atau dipanggil “puja pantai”. Tradisi perayaan Hari Memperingati Moyang Laut ini dipercayai telah dilakukan lebih 300 tahun lalu.

Penduduk orang asli yang menetap di Pulau Carey melakukan upacara tersebut bagi memohon hajat agar dilimpahkan rezeki, kesihatan dan khususnya tidak ditimpa bencana dan malapetaka selain tanda syukur kepada moyang mereka.

Sambutan ini dilakukan selama tiga hari dengan kemuncak pada hari kelima sambutan Tahun Baharu Cina. Hampir 200 masyarakat Orang Asli Mah Meri akan berhimpun menyatukan moyang darat dan moyang laut dalam satu upacara khas.

Upacara spiritual ini dimulakan dengan berkumpul di rumah Tok Batin sebelum berarak berjalan kaki ke pantai sejauh kira-kira empat kilometer sebelum menamatkan ritual ini di tengah laut.

Terdapat pantang larang harus dipatuhi dalam tempoh tiga hari sambutan ini termasuk tidak boleh turun ke laut untuk menangkap ikan dan petik daun hijau serta berkaitan dengan laut seperti pokok bakau, membaling batu malahan bersiul untuk mengelak sebarang malapetaka.

Seorang dukun masyarakat Orang Asli dari Suku Mah Meri memulakan ritual sebelum menuju ke pantai dengan memakai pakaian tradisional sebagai tanda penghormatan terhadap roh nenek moyang semasa upacara perayaan Hari Memperingati Moyang Laut ketika di Pulau Carey, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2024.
Masyarakat Orang Asli dari Suku Mah Meri memakai pakaian tradisional sebagai tanda penghormatan terhadap roh nenek moyang semasa upacara perayaan Hari Memperingati Moyang Laut ketika di Pulau Carey, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2024.
Masyarakat Orang Asli dari Suku Mah Meri memulakan ritual dengan berarak sejauh 4 kilometer menuju ke pantai dengan memakai pakaian tradisional sebagai tanda penghormatan terhadap roh nenek moyang semasa upacara perayaan Hari Memperingati Moyang Laut ketika di Pulau Carey, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2024.
Seorang dukun masyarakat Orang Asli dari Suku Mah Meri memulakan ritual dengan berarak sejauh 4 kilometer menuju ke pantai dengan memakai pakaian tradisional sebagai tanda penghormatan terhadap roh nenek moyang semasa upacara perayaan Hari Memperingati Moyang Laut ketika di Pulau Carey, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2024.
Masyarakat Orang Asli dari Suku Mah Meri memulakan ritual dengan berarak sejauh 4 kilometer menuju ke pantai dengan memakai pakaian tradisional sebagai tanda penghormatan terhadap roh nenek moyang semasa upacara perayaan Hari Memperingati Moyang Laut ketika di Pulau Carey, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2024.
Masyarakat Orang Asli dari Suku Mah Meri memulakan ritual dengan berarak sejauh 4 kilometer menuju ke pantai dengan memakai pakaian tradisional sebagai tanda penghormatan terhadap roh nenek moyang semasa upacara perayaan Hari Memperingati Moyang Laut ketika di Pulau Carey, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2024.
Masyarakat Orang Asli dari Suku Mah Meri menari di tengah laut sebagai tanda penghormatan terhadap roh nenek moyang semasa upacara perayaan Hari Memperingati Moyang Laut ketika di Pulau Carey, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2024.
Pemain biola masyarakat Orang Asli dari Suku Mah Meri mengiringi seorang dukun menuju ke pantai bagi memulakan ritual ebagai tanda penghormatan terhadap roh nenek moyang semasa upacara perayaan Hari Memperingati Moyang Laut ketika di Pulau Carey, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2024.
Seorang dukun masyarakat Orang Asli dari Suku Mah Meri memulakan ritual sebagai tanda penghormatan terhadap roh nenek moyang semasa upacara perayaan Hari Memperingati Moyang Laut ketika di Pulau Carey, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2024.
Seorang dukun masyarakat Orang Asli dari Suku Mah Meri memulakan ritual diatas menara yang dikatakan ‘mahligai’ bagi tanda penghormatan terhadap roh nenek moyang semasa upacara perayaan Hari Memperingati Moyang Laut ketika di Pulau Carey, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2024.
Seorang dukun masyarakat Orang Asli dari Suku Mah Meri memulakan ritual sebagai tanda penghormatan terhadap roh nenek moyang semasa upacara perayaan Hari Memperingati Moyang Laut ketika di Pulau Carey, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2024.
Masyarakat Orang Asli dari Suku Mah Meri menari di tengah laut sebagai tanda penghormatan terhadap roh nenek moyang semasa upacara perayaan Hari Memperingati Moyang Laut ketika di Pulau Carey, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2024.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast