Awang Suffian Awang Piut.

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Sufian Awang Piut antara tiga pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disenarai sebagai pengganas oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Dua lagi nama adalah pengasas Persatuan Cinta Syria Malaysia Ahmad Musa Al Nuwayri Kamaruzaman dan Setiausaha Agung Dunia Melayu Dunia Islam Abu Bakar Abdul.

Tiga nama berkenaan diserahkan kepada Pengerusi Sekretariat Induk Ops Ihsan Jismi Azahari Johari oleh pihak Kementerian Luar Negeri dalam satu surat bertarikh 15 Februari 2024.

Semakan penama sukarelawan di bawah NGO itu dibuat oleh Polis Diraja Malaysia.

“Hasil semakan mendapati tiga individu daripada 3 NGO yang disenaraikan dikesan mempunyai rekod keselamatan dan telah disenaraikan dalam Terrorist Screening Centre (TSC) oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

“Sekretariat Induk Ops Ihsan adalah dipohon untuk mengambil tindakan yang sewajarnya memastikan tiga aktivis yang telah disenaraikan di atas tiada lagi keterlibatan di dalam Ops Ihsan,” katanya.

Surat yang bocor itu disiarkan dalam portal berita Ismaweb hari ini.- MalaysiaGazette