KUALA LUMPUR – Parti Pas menyindir kekalutan kerajaan mengenai cadangan pengenalan Beras Putih Madani Malaysia.
Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad berkata, isu tersebut memperlihatkan kerajaan seolah-olah tidak mengikuti tata kelola sekali gus memperlihatkan kelemahan kepada pelabur.
Katanya, pengumuman mengenai cadangan itu sepatutnya dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak seharusnya membuat kenyataan tersebut.
“Haru biru dan biru haru kerajaan madani ni. Isu beras pun sudah biru haru. Jelas ini kuasa menteri, bukan kuasa orang lain. Ini lebih sudu daripada kuah.
“Perkara dasar dan tatakelola bukan tata ke laut. Macam manalah hendak fikir masalah ekonomi negara. Masalah beras pun bercelaru. Malu pada pelabur kalau macam ini.
“Jangan pula nanti bila berlaku perkara ini sebab tata kelola, rasuah, golongan maha kaya, pembangkang punya angkara,” katanya.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Bagan Serai itu meminta supaya nasihat pegawai kerajaan yang berpengalaman tidak diketepikan dalam membantu menteri mentadbir negara.
Katanya, kakitangan terbabit boleh melaksanakan tugas dan tindakan dengan profesional.
“Perdana Menteri ke-10 tolong fokus dan bincang dengan pegawai yang berpengalaman yang akan membantu mana-mana pemimpin yang memerintah.
“Insya-Allah mereka berkhidmat dengan kerajaan semasa dan profesional dalam cadangan dan tindakan,” kata bekas Menteri Hal Ehwan Agama tersebut.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan mewujukan satu gred Beras Putih Malaysia Madani.
Cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat NACCOL seperti yang diulas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Syed Abu Hussin sebelum ini mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit.
Ia sekali gus bermakna tiada lagi kategori SST dan SSI melainkan Beras Putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal.-MalaysiaGazette
sudah2 la
Masa hangpa jadi kerajaan, isu teloq pun hangpa Tak mampu nak settle. so sisihkan lah taksub kepartian utk sama2 berkhidmat utk rakyat dan negara Malaysia tercinta.
jgn jadi jurucakap taukey Kartel beras!
Lebai kalu komen dia lah yg sungguh hebat.. org laen tak hebat.. dia saje yg hebat sungguh