Logo Tenaga Nasional Berhad

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) dinobatkan sebagai organisasi korporat paling dipercayai dalam negara pada tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pengawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Baharin Din berkata, pengiktirafan itu diberikan berdasarkan kajian terbaharu oleh salah satu firma penyelidikan Pasaran terbesar dunia Ipsos Sdn Bhd (Ipsos), sekali,gus menjadikan TNB berada pada kedudukan tangga teratas sebagai entiti paling dipercayai di Malaysia.

“Mengatasi lebih 100 jenama dalam kaji selidik sepanjang tujuh bulan mulai April 2023,” katanya.

Tambahnya, TNB turut menerima pengiktirafan jenama yang paling dipercayai dalam ndustri utiliti, mempamerkan kejayaan TNB dalam membina hubungan yang teguh dengan rakyat Malaysia.

Beliau dalam masa yang sama mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada warga kerja TNB atas pencapaian berkenaan.

“Kepercayaan dan keyakinan ini tidak boleh dibeli. Ia datang dari keyakinan masyarakat dan pendirian mereka terhadap amalan dan budaya kerja TNB. Pemegang taruh lazimnya selesa berurusan dengan organisasi yang dipercayai dan diyakini.

“Ini satu pengikirafan besar maknanya dan semoga kepercayaan ini akan menterjemahkan cabaran-cabaran kepada peluang niaga baru kepada TNB, untuk kita mengungguli penyelesaian tenaga mampan kepada pelanggan serta rakyat,” katanya.

Pada 23 Januari lalu Ipsos Malaysia menerusi kenyataan media bertajuk; Ipsos Trust Track 2023: The Most Trusted Corporations and Institutions in Malaysia, lima syarikat teratas dengan TNB di tempat pertama, diikuti Keretapi Tanah Melayu Berhad, Shell, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Petron.

Kaji selidik itu meliputi lebih 100 syarikat dan institusi di Malaysia dengan menemu bual lebih 7,000 responden yang memberi maklum balas bahawa kebanyakan syarikat berupaya mengekalkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan dalam bidang industri masing-masing.

TNB pernah tersenarai antara lima syarikat paling dipercayai pada penyertaan sulungnya dalam kaji selidik Ipsos pada 2021.

Baharin berkata, sejak ditubuhkan selama 74 tahun TNB terus berbakti membekalkan tenaga elektrik kepada negara dan terkini lebih 99 peratus rakyat sudah pun mendapat bekalan elektrik. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast