Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, memandangkan industri kewangan memainkan peranan penting untuk menyokong ekonomi negara, bank-bank perlu mempunyai kudrat tinggi untuk kekal berdaya tahan bagi menangani fenomena tiga ‘C’ iaitu complexity (kerumitan), chaos (kehuru-haraan) dan contradictions (percanggahan) di zaman pasca-normal ketika ini.