Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dibawa ke bilik Syarahan Utama untuk diberi penghormatan terakhir selepas disolatkan ketika di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 21 FEBRUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Ketua Menteri paling lama di Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Masjid Negara, pagi ini.

Jenazah Allahyarham yang dibawa dari hospital swasta, Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) tiba pada pukul 9.30 pagi, untuk dimandi dan dikafankan.

Isteri Allahyarham, Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan keluarga mengiringi jenazah Allahyarham.

Antara pemimpin yang dilihat hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ahli Parlimen Julau dan Datuk Larry Sng.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Allahyarham Tun Abdul Taib akan diberi penghormatan terakhir di Masjid Negara sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah untuk diterbangkan ke Kuching, Sarawak, pada pukul 1 tengah hari ini.

Allahyarham meninggal dunia pukul 4.28 pagi di CVSKL di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette